Wednesday, January 26, 2011

pantun gejala sosial

membeli satay di bandar kajang
dibeli juga  nasi impit
balik ke rumah kena terajang
itulah akibat asyik merempit

pantun budi

bersifat sabar penguat iman
ganjaran di akhirat dapat dirasa
jikalau tuan orang budiman
dimana tuan menabur jasa

pantun budi

mencedok air didalam baldi
menyiram bunga di laman rumah
mencurah kasih sambil berbudi
orang  berbudi lagilah peramah

pantun budi

zaman purbakala adanya raksasa
makhluk jahat memakan manusia
banyak-banyakanlah menabur jasa
kerana mati tak menunggu usia

pantun budi

tanah sebidang menanam keladi
daunya cantik menghiasi taman
kekalnya silaturahim kerana budi
walaupun budi sekecil kuman

pantun tauladan

berkaki ayam ingin ke sungai
terpijak duri darah tersembur
buat jahat kerana perangai
kerana iman tiadalah subur

pantun gejala sosial

ambilah wuduk hamparkan sejadah
menyerah diri pada yang Esa
apa pentingnya menghisap dadah
sudah tahu pasti ia pembinasa

pantun gejala sosial

pergi ke hutan membawa kapak
pokok ditebang dibawa ke kedah
anak jantan asyik melepak
membuang masa tanpa faedah

Wednesday, January 12, 2011

pantun kasih

hutan rimba hidup sang kancil
diburu si belang perkasa
hilang kemana dirimu memencil
makin jauh ditelam masa

Monday, January 10, 2011

pantun kasih

harum indah bunga di taman
si kumbang terbang mencari selasih
indahnya hidup jikalau berteman
berteman pula dengan kekasih

pantun kasih

bunga cantik memikat kumbang
kumbang terpikat pada harumannya
buah hati melayang terbang
itulah akibat tidak menjaganya

Saturday, January 8, 2011

pantun berkait

membaca buku dalam pustaka
dalam pustaka ada kerusi
mendapat ilmu tinggalan pusaka
ilmu pusaka terus diwarisi

pantun bersahaja

mencipta pantun di malam hari
pantun dicipta amat tersohor
berbalas pantun antara negeri
negeri kelantan lawan johor

pantun kiasan

malam hari menjelma lagi
burung hantu di dahan rambutan
mentari muncul bangunlah pagi-pagi
agar kita mendapat keberkatan

pantun ilmu

bulan terang di langit biru
bintang berkelip memagar bulan
hamba disini ingin memburu
memburu ilmu untuk kehidupa
n

pantun adat

tanam pisang di tepi kolam
masak sebiji tebang setandang
adat melayu memberi salam
itulah adat orang mendatang

Thursday, January 6, 2011

pantun ilmu

pergi kuliah pakai selipar
pensyarah marah  bagi penampar
saya budak baru belajar
jika silap tolongla ajar.

pantun ilmu

 angan-angan ingin ke bintang
melihat dunia penuh bercahaya
ilmu dicari hingga ke bintang
agar iman sentiasa bercahaya