Wednesday, January 26, 2011

pantun gejala sosial

membeli satay di bandar kajang
dibeli juga  nasi impit
balik ke rumah kena terajang
itulah akibat asyik merempit

pantun budi

bersifat sabar penguat iman
ganjaran di akhirat dapat dirasa
jikalau tuan orang budiman
dimana tuan menabur jasa

pantun budi

mencedok air didalam baldi
menyiram bunga di laman rumah
mencurah kasih sambil berbudi
orang  berbudi lagilah peramah

pantun budi

zaman purbakala adanya raksasa
makhluk jahat memakan manusia
banyak-banyakanlah menabur jasa
kerana mati tak menunggu usia

pantun budi

tanah sebidang menanam keladi
daunya cantik menghiasi taman
kekalnya silaturahim kerana budi
walaupun budi sekecil kuman

pantun tauladan

berkaki ayam ingin ke sungai
terpijak duri darah tersembur
buat jahat kerana perangai
kerana iman tiadalah subur

pantun gejala sosial

ambilah wuduk hamparkan sejadah
menyerah diri pada yang Esa
apa pentingnya menghisap dadah
sudah tahu pasti ia pembinasa